buttercrumbs.

Get a bite people :D

Ape plan?

Memang sedia maklum. Kalau balik rumah bercuti semester memang tak plan ape2 sure bosan duduk rumah. Baru seminggu lebih otak aku dah rindu Ipoh. Hum hum. So, untuk upcoming event, ada la sikit2 dalam otak aku ni;


Esok balik Kelantan. Raya haji kat sana. Duduk seminggu kat sana, macam biasa. Jumaat or sabtu depan baru balik. Tapi kalau adik-adik aku nak extend lagi duduk sana, maksudnya lagi seminggu lah kot duduk sana. Tak kisah sebab suka melayan adik-adik sepupu aku yang kecik kecik comel mulut memang becok kalah mulut aku. Haha.


Oh ha'ah. Sekarang tengah tunggu duit MARA masuk. Kering kontang ni. Cepat la 30hb.


Seminggu lepas tu, mungkin, ni plan je.

Naik Ipoh. Nak amik barang-barang sikit, peluk cium Kak Fiza.
Sebelum atau selepas aku naik Ipoh, mungkin, mungkin la berjalan pi Utara sat. Penang ke, Kedah ke jumpa Farah nak test drive kereta baru dia. Hulalaa.
Tapi wajib jalan TAIPING!


Balik KL, mungkin pergi Jalan TAR dating dengan Zareen. Ikut je nanti.

Jogging? Arep la ni. Dia dah semput.

Ice-skating? Mungkin....

Pika and Ha? Tak dengar khabar korang since dah cuti ni.
Nadrah, Airen, Bazz, Norra? Haih . Zul kalau kau nak join sekali boleh la. Bawak jalan Subang. Tiramisu jangan lupa. Heee.

Tu je ah. Kalau malam ni tangan aku gatal nak update lagi, aku update before aku balik Kelantan lepas Subuh pagi esok. Balik Kelantan kalau nak online jugak tak heaven ah wey. Padahal takde internet kat sana T_T



Baru tukar skin baru untuk blog sebab skin lama dah lama sangat pakai so dah terasa bosan. Link semua dah hilang sebab aku ni tak gigih nak salin link before update skin. So, nanti-nanti aku letak balik.

Kenapa datang balik?

Dah nak dekat setahun tak rasa sakit kenapa tiba-tiba sekarang nak datang pulak sakit niiii. Adoii.
Pain killer oi please !

.

Semakin hari semakin bosan.
Time dekat kolej, nak cuti. Tapi bila dah duduk rumah memang mati kutu tak taw nak buat apa. adoi

Agaknya ni betul-betul cuti kot.

Semua part dalam rumah aku termasuk lah bilik tidur aku macam baru lepas kena bom. Rumah aku sememangnya takde maid even my mom is working from 7.30 am till 5pm. She said she cant afford one. Yeahh right.

She always says why needed to find one when having two daughters in the house. They SHOULD KNOW how to manage it off. Apparently those two daughters are serious shit having lazy bums.

Kalau balik cuti macam ni lah. Takde nye nak gerak bangun dari katil. Mesti malas-malas dulu. Lepas tu baru bukak laptop. HAHA. Tahu lah kan bila dah bukak laptop apa jadi an. Payah gila nak gerak. Perut lapar pun buat tak tahu je. And I guess that could be one of the reason why I'm having a super skinny figure. Haih.


Barang-barang aku tak kemas lagi pulak tu. Ada lagi kat bawah. Itu pun aku tinggal sikit kat Ipoh. Lain kali naik sana baru nak amik. Haih.

Baru dua hari dekat rumah, dah dapat insomnia dah. Apa kes? Adoi.

I have to list on things that I should do before I'm leaving KL for Kelantan. Oh and by the way, I got practical in Kelantan and so grateful when the college told me that. Itu pun kalau paper Dispensing aku lepas. Haih.



Entry ni takde flow. Suka-suka hati je nak celah-celah itu ini.


Wishlist.

Aku tengah berangan nak benda2 ni. Korang layankan je la eh.


1. Handphone baru yang sememangnya aku dah lama mengidam nak beli. Tapi disebabkan aku takde minat handphone ape2 sekarang, aku tak kisah kalau tak dapat pun.

2. Sebagai seorang perempuan, baju baru tu wajib ada dalam wishlist.

3. Sama jugak dengan kasut.

4. Beg pun wajib ada.

5. Selendang baru. Aku takde masa ah nak pergi kedai Nagoya carik kain meter potong2 jahit sendiri sekarang. Malas.

6. Tembak kereta kaler hitam. Metalik punya. Cun an an.

7. Kamera of courseeee.

8. Spek mata baru. Yang sekarang aku pakai tahan paling lama kot. Dah nak dekat 2 tahun aku tak tukar. Dulu aku sengaja patahkan or pecahkan cermin spek kalau aku nak yang baru. Ish ish.

9. Bilik baru? Hulalalaaa kau ingat ibu tu kayaaa?


Tapi, hari tu ibu ada cakap; “Dapat duit MARA awal tahun depan jangan duk berangan nak beli itu ini.” Aih naluri ibu memang selalu tepat tak dapat disangkal lagi.

“Pergi dentist buat braces nuh. By next year kau tak pakai lagi ibu suruh ayah pasangkan dawai sendiri kat gigi kau. Dah tua2 pun tak reti2 lagi nak pergi pakai. Tengok Arep tu, dah lawa dah gigi dia. Dengar tak ni??”

“Dengaaar.”

Part Arep tu aku tambah je. Ibu pun tak pernah face-to-face dengan Arep melebihi dua saat, mana dia nak tahu gigi Arep cantik ke tidak sekarang an an. Huehue.

T_T melepas la angan aku nak memiliki benda uh semua. Selamat tinggal wishlist.


Oh ha'ah, handphone dah boleh cross, sebab hari tu Deepavali night aku menang cabutan bertuah dapat handphone sebijik. Hehehehe


p/s: Aku suka tengok Arep pakai braces dulu. Sexyyy. Kalau aku pakai sure lagi sexy dari dia an an an.

Hari ni paling best.

Sebab research dah habis present.
Encik Nazlee pun nak belanja makan. Hehehehe